Khamis, 8 September 2011

Bacaan Tambahan Dasar Luar

Sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan STPM. Berikut ialah pautan laman sesawang untuk Dasar Luar yang boleh anda layari di url berikut:

Nota:
1.Pautan tersebut diberi oleh Cikgu Faridah Mat Yusoff (SMK Tunku Abdul Aziz, Alor Setar) - seorang guru yang berpengalaman Pengajian Am. Harap dapat anda manfaatkannya.
2. Berikut ialah beberapa lagi pautan yang beliau berikan untuk membantu anda memperolehi markah Kertas 1:






3. Terima kasih Cikgu Faridah Mat Yusoff. Semoga perkongsian info sebegini akan berterusan.

Isnin, 29 Ogos 2011

128 : Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam

Terdapat 4 (empat) objektif pelaksanaan Dasar Pengurangan Beban Perbelanjaan Awam iaitu:
(1) mengukuhkan kewangan negara;
(2) mengurangkan defisit belanjawan negara;
(3) mengawal inflasi ke tahap yang minimum; dan
(4) mengurangkan hutang negara.

Justeru itu, secara amnya dasar tersebut adalah untuk:
  • menstabilkan kewangan negara;
  • mengawal pertambahan hutang awan;
  • mengatasi defisit dalam belanjawan negara; dan
  • berusaha meminimumkan hutang negara.

Ahad, 28 Ogos 2011

127 : Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan wawasan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Antara objektif Wawasan 2020 ialah untuk mewujudkan masyarakat yang makmur dalam bidang ekonomi yang bersaing, dinamik & kental.
Berdasarkan objektif tersebut, wawasan yang akan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju ialah:
(1) menghapus kemiskinan tanpa mengira kelompok etnik;
(2) mengimbangkan pendapatan tanpa mengira kaum; dan
(3) melahirkan sebuah masyarakat yang berkongsi kemajuan ekonominya.
Nota:
Apakah objektif Wawasan 2020 yang lain? Sila dapatkan.

Rabu, 8 Jun 2011

126 : Pesuruhjaya Kehakiman

Berikut ialah beberapa catatan ringkas tentang Pesuruhjaya Kehakiman:
(1) Perlantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri & persetujuan Majlis Raja-Raja.
(2) Pemecatan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui syor tribunal.
(3) Menikmati kekebalan sama seperti hakim Mahkamah Tinggi
(4) Berkuasa untuk melaksanakan fungsi hakim Mahkamah Tinggi

Selasa, 7 Jun 2011

125 : Mahkamah-Mahkamah Antarabangsa

Terdapat dua Mahkamah Antarabangsa iaitu:
(a) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice - ICJ)
(b) Mahkamah Jenayah Antarabangsa (International Criminal Court - ICC)
Secara amnya:

ICJ mengadili kes-kes yang berkaitan:
(1) pertindihan tuntutan wilayah antara negara; dan
(2) pertikaian sempadan antara negara.

ICC pula mengadili kes-kes yang berkaitan:
(1) pembunuhan kaum beramai-ramai; dan
(2) pencerobohan ketenteraan.

Nota:
ICJ & ICC adalah dua mahkamah yang berbeza.
Bacaan Tambahan:

124 : Mahkamah Khas Raja-Raja

Mahkamah Khas Raja-Raja (MKRR) diwujudkan mulai tahun 1993. Berikut ialah catatan ringkas tentang MKRR:

Yang Dipertua:
  • Ketua Hakim Negara/Hakim Besar Malaya/Hakim Besar Sabah & Sarawak/dua hakim Mahkamah Atasan @ Mahkamah Tinggi (dilantik oleh Majlis Raja-Raja)
Bidang Bicara:
  • Membicarakan kes sivil & jenayah kesalahan seseorang raja atas sifat peribadi.
  • Keputusan MKRR adalah muktamad - tidak boleh dicabar @ dirayu.
Nota:
1. Raja/Sultan/Yang di-Pertuan Besar tidak boleh mengampunkan diri sendiri.
2. Pengampunan oleh Jemaah Pengampunan - YDPA (pengerusi)

123 : Mahkamah Tuntutan Kecil

Mahkamah Tuntutan Kecil:
(1) membicarakan kes tuntutan sivil yang nilainya tidak melebihi RM3 000.
(2) disidangi oleh hakim yang berpengalaman (Majistret Kelas 2 @ Pegawai

122 : Mahkamah Penghulu/Bumiputera

(1) Mahkamah Penghulu hanya wujud di Semenanjung.
(2) Mahkamah Bumiputera hanya wujud di Sarawak & Sabah. Struktur Mahkamah Bumiputera adalah seperti berikut:


Sila dapatkan maklumat tambahan mengenai mahkamah tersebut.

Nota:
Mahkamah Bumiputera di Sabah juga dikenali sebagai Mahkamah Anak Negeri

121 : Mahkamah Majistret Kelas 2

Berikut ialah catatan ringkas tentang Mahkamah Majistret Kelas 2 (MMK2):

Yang Dipertua:
  • Majistret Kelas 2
Bidang Bicara:
  • Kes Jenayah - kesalahan yang melibatkan hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan TETAPI hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah 6 bulan penjara, denda RM1 000 @ gabungan kedua-duanya.
  • Kes Sivil - nilai perkara tidak melebihi RM3 000
Nota:
Hukuman penjara maksimum yang boleh dijatuhkan oleh MMK2 ialah 6 bulan sahaja.

120 : Mahkamah Majistret Kelas 1

Berikut ialah catatan ringkas tentang Mahkamah Majistret Kelas 1 (MMK1):

Yang Dipertua:
  • Majistret Kelas 1
Bidang Bicara:
  • Kes Jenayah - kesalahan yang melibatkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun TETAPI hukuman maksimum yang boleh dikenakan ialah 5 tahun penjara, denda RM10 000, 12 kali rotan @ gabungan ketiga-tiga hukuman.
  • Kes Sivil - nilai perkara tidak melebihi RM25 000
Nota:
Hukuman penjara maksimum yang boleh dijatuhkan oleh MMK1 ialah 5 tahun sahaja.

Jumaat, 3 Jun 2011

119 : Mahkamah Sesyen

Berikut ialah catatan ringkas tentang Mahkamah Sesyen (MS):

Yang Dipertua:
  • Hakim - dilantik di kalangan pegawai Perkhidmatan Kehakiman & Undang-undang yang berpengalaman selama 12 tahun
Bidang Bicara:
  • Semua kes kecuali yang membawa hukuman mati
  • Menjatuhkan apa-apa hukuman kecuali hukuman mati
  • Siasatan awal bagi kes-kes yang boleh dibawa ke Mahkamah Tinggi
  • Kes Sivil : mulai 1994 nilai terlibat tidak terhad.

Rabu, 1 Jun 2011

118 : Mahkamah Tinggi

Berikut ialah catatan ringkas tentang Mahkamah Tinggi (MT):

Yang Dipertua:
  • Hakim Besar
Anggota:
  • 49 hakim MT Semenanjung + 10 hakim MT Sabah & Sarawak
Kendalian Perbicaraan:
  • Seorang hakim
Bidang Bicara:
  • Kes Sivil - melibatkan kes tuntutan >RM25 000
  • Kes Jenayah - melibatkan kes denda yang tidak terhad & hukuman mati
  • Rayuan kes Mahkamah Rendah (Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret & Mahkamah Penghulu)
  • Kes-kes khas (keselamatan & dadah) seperti: (1) Akta ISA, Akta Rahsia Rasmi, Akta Dadah Berbahaya, dsbnya; (2) pertikaian keputusan pilihan rayan; dan (3) kesalahan dalam kapal @ kapal terbang yang didaftarkan di Malaysiat.
Nota:
(1) Mulai 17 Februari 1995, sistem juri (di Semenanjung) & sistem pengapit (di Sabah & Sarawak) untuk perbicaraan kes bunuh dimansuhkan.
(2) Sistem juri = 1 hakim + 7 juri & sistem pengapit = 1 hakim + 2 pengapit.

Selasa, 31 Mei 2011

117 : Mahkamah Rayuan

Berikut ialah catatan ringkas tentang Mahkamah Rayuan:

Yang Dipertua:
  • Presiden Mahkamah Rayuan
Anggota:
  • Presiden & 10 orang hakim
Kendalian Perbicaraan:
  • 3 hakim @ lebih - dalam bilangan ganjil
Bidang Bicara:
  • Berdasarkan notis *rayuan
  • Kes berasal dari Mahkamah Tinggi
  • Tujuan Rayuan; (1) mencari kesahihan; (2) sudah berlaku kesalahan dari segi undang-undang; (3) kesalahan fakta; dan (4) tidak puas hati terhadap hukuman.
Nota:
*Rayuan mesti dibuat seperti berikut:
(1) dibuat oleh pendakwa @ yang dituduh
(2) Pihak tertuduh mendapat kebenaran Pendakwa Raya @ dengan keizinan bertulis
(3) Kes Jenayah : dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh keputusan dibuat & denda melebihi RM25.
(4) Kes Sivil : dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan dibuat & denda melebihi RM250 000

116 : Mahkamah Persekutuan

Berikut ialah catatan ringkas tentang Mahkamah Persekutuan:

Yang Dipertua:
  • Ketua Hakim Negara/Hakim Besar Mahkamah Persekutuan
Anggota:
  • Hakim Besar Mahkamah Tinggi & 7 orang hakim
Tatacara Perbicaraan:
  • 3 orang hakim
Bidang Bicara:
  • persoalan-persoalan perlembagaan yang dirujuk oleh Mahkamah Tinggi
  • pengesahan undang-undang yang dibuat Parlimen @ DUN
  • pertikaian antara negeri-negeri @ Persekutuan dengan negeri-negeri
  • menimbangkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan - bagi kes sivil nilai tidak kurang RM250 000 & bagi kes jenayah merupakan untuk pembebasan @ hukuman

115 : Tribunal Tuntutan Pengguna

Berikut ialah catatan ringkas tentang Tribunal Tuntutan Pengguna:
Keanggotaan:
  • Pengerusi, Timbalan Pengerusi & lima orang ahli.
  • Dilantik oleh menteri berkaitan (Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna)
Bidang Bicara:
  • Jumlah tuntutan tidak melebihi RM10 000
Nota:
(1) Pengerusi & Timbalan Pengerusi terdiri daripada pegawai perkhidmatan judisiari & undang-undang.
(2) Ahli pula ialah mereka yang mempunyai kelulusan yang sesuai.

Rabu, 18 Mei 2011

114 : Mahkamah Buruh

Mahkamah Buruh (MB) biasanya mengedalikan kes cuti & pembayaran gaji pekerja (berpendapatan tidak melebihi RM1 000)
Berikut ialah beberapa maklumat tentang MB di Malaysia:
(1) MB berperanan menyelesaikan tuntutan pekerja swasta terhadap majikan atau sebaliknya;
(2) Perbicaraan/Pengadilan dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia;
(3) Diadili oleh Pegawai Jabatan Buruh; dan
(4) Pengedalian kes akan berlamgsung di Jabatan Buruh.