Jumaat, 26 Februari 2010

100. Keputusan-Keputusan Mahkamah

Keputusan-keputusan mahkamah adalah:
(1) berasaskan prinsip bahawa mahkamah yang tertinggi mengikat mahkamah yang lebih rendah;
(2) berasaskan kaedah Doktrin Duluan Kehakiman yang mengikat;
(3) tergolong sebagai sumber undang-undang tidak bertulis; dan
(4) merangkumi semua keputusan undang-undang (hanya) Mahkamah Tinggi & Mahkamah Persekutuan - tidak termasuk mahkamah yang lebih rendah.

Ahad, 21 Februari 2010

99. Kepentingan Badan Kehakiman

Badan Kehakiman (BK) penting kerana badan ini:
(1) perlu untuk menyelesaikan sebarang pertikaian;
(2) diperlukan untuk membuat keputusan @ menjatuhkan hukuman; dan
(3) diperuntukan kuasa untuk mengadili (membicarakan) kes-kes jenayah & sivil.
BK tidak mempunyai kuasa untuk meminda undang-undang - termasuk yang bercanggah dengan perlembagaan. BK hanya berkuasa membatalkan undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan setakat mana bercanggah. Hanya Parlimen mempunyai kuasa meminda undang-undang.

98. Mandamus

Mandamus ialah perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan suatu kewajipan awam yang tertentu.

Sabtu, 20 Februari 2010

97. Habeas Corpus

Habeas corpus merujuk kepada arahan mahkamah supaya seseorang dalam tahanan pihak berkuasa dibebaskan - kerana penahanan tidak sah/mengikut undang-undang.

96. Surat Guaman

Surat guaman merujuk kepada surat pernyataan daripada pihak peguam kepada sasarannya.

95. Injunksi

Injunksi merujuk kepada perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghentikan sesuatu kerja, tindakan atau mesyuarat pada masa & tempat yang tertentu.

94. Waran

Waran ialah perintah yang memberi kuasa kepada polis atau pihak berkuasa yang lain untuk menangkap individu yang disebut dalam waran.

93. Writ

Writ ialah satu dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintah pihak pembela supaya hadir di mahkamah pada tarikh, masa & dalam tempoh yang ditetapkan.

92. Undang-Undang Bertulis

Sumber undang-undang bertulis di Malaysia merujuk kepada:
  • Perlembagaan (Persekutuan/Negeri)
  • Akta Parlimen
  • Enakmen
  • Ordinan
  • Perundangan Subsidiari
  • Perundangan Kecil

Jumaat, 19 Februari 2010

91. Hak Asasi

Seseorang individu yang ditahan @ disyaki melakukan sesuatu kesalahan mempunyai tiga hak asasi iaitu:
(1) hak untuk mengetahui kesalahannya;
(2) hak untuk mendapatkan peguam; dan
(3) hak habeas corpus.

90. Doktrin Duluan Kehakiman

Dokrin duluan kehakiman (selain statut) dipakai juga sebagai sumber undang-undang dalam Sistem Perundangan Malaysia. Doktrin tersebut dipakai jika sesuai & tidak bercanggah dengan sistem kehakiman Malaysia. Menurut doktrin tersebut, hakim mahkamah berhak:
(1) membuat prinsip kehakimannya sendiri sekiranya tidak ada peruntukan dalam undang-undang bertulis; atau
(2) membuat pilihan antara prinsip undang-undang yang terkandung dalam keputusan mahkamah sebelumnya (mahkamah setaraf @ lebih tinggi).

Ahad, 14 Februari 2010

89. Geran Kerajaan Persekutuan

Kriteria pemberian geran oleh Kerajaan Persekutuan kepada KERAJAAN NEGERI ialah:
(1) bilangan penduduk;
(2) panjang jalan raya; dan
(3) tahap kemajuan negeri.
Sementara, kriteria pemberian geran oleh Kerajaan Persekutuan kepada PIHAK BERKUASA TEMPATAN (KERAJAAN TEMPATAN) ialah:
(1) bilangan penduduk;
(2) keluasan kawasan; dan
(3) jumlah hasil kutipan Pihak Berkuasa Tempatan (Kerajaan Tempatan)

88. Pentadbiran Negeri

Di bawah perlembagaan negeri, raja perlu bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis Raja-Raja tidak terlibat dalam hal-hal pentadbiran Kerajaan Negeri. DUN menggubal & meluluskan undang-undang negeri. Setiausaha Kerajaan Negeri ialah penasihat kepada MB/KM dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

87. Yang DiPertua Negeri

Sebagai Ketua Negeri, Yang DiPertua Negeri:
(1) merupakan komponen badan perundangan negeri; dan
(2) melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Yang DiPertua Negeri juga:
(1) TIDAK menghadiri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; dan
(2) TIDAK mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Catatan:
Kuasa untuk memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja hanya terletak pada YDPA & raja-raja Melayu.

Sabtu, 13 Februari 2010

86. Penasihat Undang-Undang Negeri

Antara tugas Penasihat Undang-Undang Negeri ialah:
(1) menasihati MB atau KM tentang hal undang-undang
(2) menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (sebagai ex-officio)
(3) membuat draf rang undang-undang untuk dibentangkan di DUN.
Penasihat Undang-Undang Negeri BUKAN:
(1) pendakwa raya negeri; dan
(2) menggubal & meluluskan undang-undang negeri (digubal & dilulus oleh DUN).

85. Agensi Kerajaan Negeri

Antara agensi di bawah kawalan Kerajaan Negeri ialah:
(1) Unit Perancang Ekonomi Negeri; dan
(2) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Catatan:
Lembaga Hasil Dalam Negeri ialah agensi di bawah kawalan Kementerian Kewangan (Kerajaan Pusat).

84. Pemberian Kerajaan Persekutuan

Di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pemberian Kerajaan Persekutuan kepada sesebuah kerajaan negeri adalah:
(1) pemberian mengikut bilangan orang (penduduk); dan
(2) pemberian penyelenggaraan jalan raya negeri.
Kerajaan Negeri Majlis boleh berbincang dengan Majlis Kewangan Negara mengenaik kadar pemberian tersebut.

83. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri berperanan merancang dan melaksanakan projek pembangunan (khususnya ekonomi) negeri.:
Tambahan:
1. Pejabat Daerah berperanan merancang & menyelaras pembangunan sesebuah daerah.
2. Pemaju perumahan akan membina rumah mengikut pelan yang diluluskan oleh PBT.

82. Sijil Menduduki Bangunan

'Sijil Menduduki Bangunan' dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pemilik sesuatu bangunan baru. Tanpa sijil tersebut:
(1) pemilik tidak dapat menduduki bangunan tersebut;
(2) pihak berkuasa air tidak boleh membekalkan air; dan
(3) TNB tidak boleh membekalkan eletrik.
Catatan:
Mengapa PBT tidak dapat mengeluarkan sijil tersebut?

81. Hasil Kerajaan Negeri

Dua sumber hasil sesebuah kerajaan negeri ialah:
(1) Cukai tanah; dan
(2) Hasil jualan harta karun
Catatan:
Apakah sumber-sumber yang lain? Sila dapatkan ...

Kini Bersambung

Setelah lama tidak update blog ini (kerana tuntutan tugas), kini Pak G menyambung kembali. Menjadi harapan agar blog ini akan terus memberi manfaat kepada anda yang mengikuti blog ini.
Catatan:
1. Pak G ambil kesempatan untuk ucapkan, "Gong Xi Fa Chai" & Selamat Bercuti.
2. Manfaatkan cuti anda sebaik mungkin.