Selasa, 29 September 2009

67. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Setiap negeri mempunyai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Di Sabah, majlis tersebut dikenali sebagai Kabinet Negeri sementara di Sarawak pula dikenali sebagai Majlis Tertinggi. Majlis tersebut melaksanakan kuasa eksekutif negeri.
Ahli-ahlinya terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri & dilantik oleh Sultan/Yang Dipertua Negeri atas nasihat MB/KM. Mereka tidak boleh mengamalkan profesion maing-masing. Setiap ahli majlis (termasuk MB) akan memegang portfolio pentadbiran tertentu. Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri & Penasihat Undang-Undang Negeri adalah pegawai-pegawai ex-officio kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

66. JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ialah sebuah agensi pusat di JPM. JPA berperanan dalam penggubalan dasar dan pengurusan sumber manusia sektor awam. JPA menjadi agensi penyediaan sumber tenaga manusia. JPA juga memberi biasiswa dan hadiah latihan.

65. EPU

Unit Perancang Ekonomi (Economic Planning Unit - EPU) ialah sebuah agensi pusat di JPM. Secara amnya, EPU berfungsi merancang ekonomi negara & menyelaraskan badan-badan kerajaan dalam melaksanakan projek-projek ekonomi yang telah diluluskan.

64. ICU

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit - ICU) ialah sebuah agensi pusat di JPM. Berikut adalah fungsi ICU:

  • Menyelaras, memantau dan menilai dasar dan projek pembangunan.
  • Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Tindakan Negara, Jawatankuasa Kerja Tindakan Negara dan beberapa jawatankuasa Kabinet yang lain.
  • Membangun, mengurus dan memastikan fungsi sistem Pemantauan Projek SPP II berfungsi dengan baik.
  • Mengurus dan menyelaras projek Khas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Senator dan Ahli Parlimen.

http://www.icu.gov.my/icu/pg/indexV8.php?pg=prof&sub=fungsi

63. SPRM

SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dikendalikan secara agensi bebas di bawah pengawasan seorang Ketua Pesuruhjaya. Kebebasan SPRM bertindak ini dipantau oleh beberapa mekanisme check and balance yang diwujudkan secara perundangan dan pentadbiran.
SPRM melakukan siasatan dalam semua institusi - awam, swasta & juga ahli-ahli politik.

Jumaat, 25 September 2009

62. MAMPU

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) ialah sebuah agensi pusat di JPM. MAMPU bertanggungjawab bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam. Untuk itu, MAMPU melaksanakan empat peranan utama iaitu:
  1. Memperkenalkan & mempromosi program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran serta menilai & mengiktiraf tahap prestasi agensi Kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan untuk memastikan Perkhidmatan Awam yang cekap, berkesan dan responsif.
  2. Merancang, menggubal, meyelaras & menilai pelaksanaan pembangunan ICT Sektor Awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  3. Memberi khidmat nasihat & perundingan bagi memantapkan struktur, sistem, prosedur kerja dan pelaksanaan pembangunan ICT ke arah meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
  4. Menggembleng ilmu, kepakaran & sumber pelbagai pihak (awam, swasta dan badan bukan Kerajaan) ke arah memperkasa pemodenan pentadbiran & sistem penyampaian perkhidmatan.

Sumber: http://www.mampu.gov.my/mampu/sepintas

61. Akta Pencegahan Rasuah 1997

Perbuatan-perbuatan berikut dianggap sebagai satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
  1. Seorang ahli Majlis Daerah mengambil bahagian dalam mesyuarat pemberian dalam mana salah satu gerai diberi kepada saudaranya.
  2. Seorang pemaju hartanah meminta seorang pegawai kerajaan supaya tidak mengundi dalam mesyuarat badan awam bagi menentang sesuatu usul pembangunan.

60. MITI

Fungsi Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (Ministry of International Trade & Industry - MITI) ialah:

  • Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar Negara;
  • Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian;
  • Menggubal dan menggalakan hubungan perdagangan duahala dan pelbagaihala serta kerjasama perdagangan serantau;
  • Merancang dan menggalak pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa;
  • Merancang, menyelaras dan mengesan pembangunan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana;
  • Memaju dan memperbaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan khususnya kepada Bumiputera;
  • Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institusi pembuatan.

Sumber: http://www.miti.gov.my/

59. KPDNKK

Bidang Tugas/Fungsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Penggunaan ialah:
  • Pengawalseliaan perdagangan dalam negeri melalui (1) Penentuan dan pemantauan harga barang-barang perlu; dan (2) Perlesenan dan pengawalan pengeluaran, pengedaran dan penjualan barang-barang perlu.
  • Hal ehwal perlindungan pengguna;
  • Urusan berkaitan harta intelek, meliputi hakcipta, cap dagangan, paten dan rekabentuk perindustrian;
  • Perlesenan bagi penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia;
  • Penyelarasan dasar; peraturan dan aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan industri petroleum, petrokimia dan gas;
  • Pelesenan urusniaga jualan langsung;
  • Membanteras penyelewengan dalam perdagangan;
  • Perlaksanaan peraturan timbang dan sukat;
  • Pendaftaran dan penyeliaan syarikat dan syarikat-syarikat amanah;
  • Pendaftaran dan penyeliaan perniagaan-perniagaan;
  • Penggubalan dan pengkajian dasar dan strategi berkaitan pembangunan perdagangan dalam negeri, kepenggunaan dan harta intelek;

Sumber: http://www.kpdnkk.gov.my/

Isnin, 21 September 2009

58. Pengurangan & Peningkatan Cukai

Kabinet dan Menteri Kewangan bertanggungjawab dalam hal meluluskan peningkatan & pengurangan cukai terhadap rakyat.

57. Majlis Kewangan Negara

Fungsi utama Majlis Kewangan Negara ialah menyelaras/mengurus pemberian peruntukan kewangan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

56. Perbendaharaan Malaysia

Secara amnya Perbendaharaan Malaysia mengurus soal kewangan & ekonomi negara. Antara fungsi Perbendaharaan Malaysia ialah:
1. menyelaras dasar pinjaman wang negara
2. mengawal pertumbuhan industri insurans negara.

Sabtu, 19 September 2009

Selamat Hari Raya

Dengan rasa rendah diri & penuh kesyukuran
saya & keluarga menghulurkan ucapan
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
dan Maaf Zahir & Batin
kepada semua pengikut blog khususnya anak didik saya.
Semoga anda akan menjadi lebih cemerlang.

Rabu, 16 September 2009

55. Dewan Negara

Dewan Negara (DN) terdiri daripada seramai 70 orang ahli & terbahagi kepada dua kategori iaitu:
(a) 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli); dan
(b) 44 ahli yang dilantik oleh YDPA atas nasihat PM, termasuk dua ahli dari WP Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari WP Labuan dan Putra Jaya.
Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-
• warganegara Malaysia
• tidak kurang dari 30 tahun
• waras fikiran
• bukan seorang muflis
• tidak mempunyai rekod jenayah
Jawatan itu dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan @ negeri.
Nota:
Kedudukan DN berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli DN dilantik dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

54. Dewan Rakyat

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:
  • warga negara Malaysia
  • tidak kurang dari 21 tahun
  • waras fikiran
  • bukan seorang muflis
  • tidak mempunyai rekod jenayah

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat & Dewan Negara dalam satu masa.

http://www.parlimen.gov.my/dR-maklumatumum.htm

53. Dewan Rakyat & DUN

Pembentukan kerusi-kerusi Parlimen dan Negeri dibuat melalui urusan kajian dan persempadanan semula seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 113 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan.
Nota:
Berikut ialah komposisi Dewan Rakyat (DR) & Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut Tahun/Pilihan Raya Umum (PRU):
Tahun 1956 - PRU1 : DR - 104 ; DUN - 282
Tahun 1964 - PRU2 : DR - 104 ; DUN - 282
Tahun 1969 - PRU3 : DR - 144 ; DUN - 362
Tahun 1974 - PRU4 : DR - 154 ; DUN - 408
Tahun 1978 - PRU5 : DR - 154 ; DUN - 408
Tahun 1982 - PRU6 : DR - 154 ; DUN - 408
Tahun 1986 - PRU7 : DR - 177 ; DUN - 447
Tahun 1990 - PRU8 : DR - 180 ; DUN - 447
Tahun 1995 - PRU9 : DR - 192 ; DUN - 498
Tahun 1999 - PRU10 : DR - 193 ; DUN - 504
Tahun 2004 - PRU11 : DR - 219 ; DUN - 567
Tahun 2008 - PRU12 : DR - 222 ; DUN - 576

Jumaat, 11 September 2009

52. KKLW

Berikut ialah badan-badan berkanun di bawah tanggungjawab Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW):
1. KEMAS
2. JHEOA
3. INFRA (Institute For Rural Advancement/Institut Kemajuan Desa)
4. MARA
5. RISDA
6. FELCRA
7. KEDA
8. KEJORA
9. KETENGAH
10. KESEDAR
Nota:
Apakah badan-badan berkanun lain & di bawah tanggungjawab kementerian mana.

51. Kementerian-Kementerian

Pada tahun 2009, Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, PM Malaysia telah mewujudkan 24 kementerian.
Anda perlu tahu setiap kementerian dan bagi setiap kementerian pula, anda dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui:
1. Fungsi setiap kementerian.
2. Badan-badan berkanun di bawah tanggungjawab setiap kementerian.
Pautan laman web setiap kementerian boleh didapati di url berikut:

Rabu, 9 September 2009

50. Perbezaan & Persamaan BB & BTB

Berikut adalah beberapa perbezaan & persamaan antara Badan Berkanun (BB) & Badan Tidak Berkanun (BTB).
1. Penubuhan:
BB di bawah Akta Parlimen @ Enakmen. BTB di bawah Akta Syarikat.
2. Pinjam Pegawai Perkhidmatan Awam:
BB boleh pinjam. BTB tidak boleh pinjam.
3. Anggaran Belanjaan Tahunan:
BB tertakluk kepada kawalan agensi pusat. BTB tidak tertakluk kepada kawalan agensi pusat.
4. Penubuhan Anak Syarikat:
Kedua-duanya boleh.
Nota:
Apakah perbezaan @ persamaan yang lain???

49. Perbadanan Awam

Berikut adalah beberapa fakta penting tentang Perbadanan Awam:
1. Badan khas kerajaan (Persekutuan @ Negeri)
2. Menjalankan kegiatan berunsur perniagaan - bidang yang tidak diceburi swasta.
3. Kerajaan mempunyai ekuiti dalamnya.
4. Terbahagi kepada dua iaitu: Perbadanan Awam Persekutuan & Perbadanan Awam Negeri.
5. Perbadanan Awam Persekutuan diletakkan di bawah kementerian-kementerian tertentu.
6. Dua bentuk Perbadanan Awam iaitu: Badan Berkanun & Badan Tidak Berkanun
Contoh-contoh:
Badan Berkanun: MARA, FELDA & MARDI
Badan Tidak Berkanun: PETRONAS, MAS, HICOM & PNB

48. Kementerian Sumber Manusia

Berikut adalah beberapa agensi terletak di bawah Kementerian Sumber Manusia:
1. Jabatan Perhubungan Perusahaan
2. Jabatan Sumber Manusia
Nota:
Sila layari laman web kementerian berkaitan.

47. Kementerian Dalam Negeri

Berikut adalah beberapa agensi terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri:
1. Jabatan Polis
2. Jabatan Penjara
3. Jabatan Imigresen
4. Jabatan Pendaftaran Negara
Nota:
Sila layari laman web kementerian berkaitan.

46. Kementerian Kewangan

Berikut adalah beberapa agensi terletak di bawah Kementerian Kewangan:
1. Lembaga Hasil Dalam Negeri
2. Kastam Diraja Malaysia
Nota:
Sila layari laman web kementerian berkaitan.

Ahad, 6 September 2009

45. Jabatan Perdana Menteri

Berikut adalah beberapa agensi terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM):
1. Jabatan Perkhidmatan Awam
2. Jabatan Peguam Negara
3. Jabatan Audit Negara
4. Jabatan Perangkaan
5. Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
6. Petronas
Ini bermaksud agensi-agensi bertanggungjawab terus kepada JPM.
Nota:
Contoh-contoh lain, layari laman web berikut:

44. Mengakaun Kewangan Sendiri

Kementerian/Jabatan yang mengakaun kewangannya sendiri ialah:
1. Kementerian Kesihatan
2. Kementerian Pelajaran
3. Kementerian Pertahanan
4. Jabatan Akauntan Negara

43. Ahli Kabinet

Berikut adalah beberapa fakta tentang ahli Kabinet:
1. Merupakan Ahli Parlimen (Dewan Rakyat @ Dewan Negara).
2. Dilantik oleh YDPA - PM hanya pilih.
3. Perlu bertindak secara kolektif.
4. Tidak tertakluk kepada had umur persaraan.

Sabtu, 5 September 2009

Ujian Selaras September 2009

One of your friend wrote, "tajuk apa yg nk nek dlm ujian mngu dpn cikgu?" di pos yang bertajuk 'Peperiksaan PA Kertas 1'.
Apapun:
Exam is a test of how fast you can retrieve information from your neurons. Practice output learning!
If you can teach or share information with a friend, it shows that you have understand the subject well.
Nota:
To me (as a teacher), what you know is not important. What is important is what you don't know.

Jumaat, 4 September 2009

42. Perdana Menteri

Berikut adalah beberapa fakta mengenai Perdana Menteri (PM) Malaysia.
1. Beliau ialah Ketua Kerajaan.
2. Seorang Ahli Dewan Rakyat.
3. Mendapat perkenan YDPA.
4. Pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Rakyat.
5. Pemimpin parti yang mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Nota:
Tidak dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum.

Khamis, 3 September 2009

41. Tugas YDPA

Antara tugas Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ialah: (1) Ketua Negara; (2) Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia; dan (3) Ketua Agama bagi WP Kuala Lumpur, WP Labuan, WP Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Pualau Pinang (negeri-negeri yang tiada Sultan/Raja) & negeri baginda sendiri.
Nota:
1. YDPA bukan Pengerusi Tetap Majlis Raja-Raja (MRR). Jawatan Pengerusi Tetap MRR dijawat oleh raja-raja setiap negeri bergilir-gilir - tidak ada pengerusi tetap MRR.
2. Jawatan Ketua Agama Persekutuan tidak ada.

40. Timbalan Yang di-Pertuan Agong

Timbalan Yang di-Pertuan Agong dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Baginda menjalankan tugas semasa ketiadaan Yang di-Pertuan Agong.

Rabu, 2 September 2009

39. PM & Mufti

Perlantikan jawatan PM & Mufti Negeri-Negeri Yang tidak mempunyai Sultan/Raja tertakluk kepada bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Nota:
Kuasa melantik mufti bagi negeri-negeri yang mempunyai Sultan/Raja ialah Sultan/Raja.

38. Setiausaha Sulit PM

Setiausaha Sulit seseorang PM dipilih & dilatik oleh PM sendiri.

37. Speaker Dewan Rakyat

Speaker Dewan Rakyat dicadang oleh PM & diluluskan oleh Parlimen sebelum dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

36. Ketua Audit Negara & Anggota SPR

Kedua-dua jawatan tersebut dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

35. Jawatankuasa Kabinet

Jawatankuasa Kabinet diketuai oleh seorang menteri.
Nota:
Apakah fungsi jawatankuasa tersebut???

34. Majlis Tindakan Negeri

Pengerusi Majlis Tindakan Negeri ialah Menteri Besar @ Ketua Menteri.
Nota:
Apakah fungsi majlis tersebut???

33. Majlis Pembangunan Negara

Pengerusi Majlis Pembangunan Negara ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri juga ialah pengerusi Majlis Perancangan Negara & Majlis Tindakan Negara.
Pautan berkaitan:
Nota:
Apakah fungsi majlis-majlis tersebut???

32. Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan & Kerajaan Negeri

Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan & Kerajaan Negeri ialah Ketua Setiausaha Negara.
Jawatankuasa tersebut berperanan untuk mewujudkan persefahaman antara pentadbiran Persekutuan & Negeri.

31. Perbendaharaan Malaysia

Perbendaharaan Malaysia adalah sebuah agensi kerajaan yang mempunyai bidang tugas menyelaras dasar pinjaman luar negara serta mentadbir peraturan pinjaman Kerajaan.
Ini bermaksud Perbendaharaan Malaysia bertanggungjawab mendapatkan pinjaman bagi pihak kerajaan daripada pelbagai sumber dan luar negeri.

Uji MInda

Berdasarkan tips 25 cuba uji kefahaman/pengetahuan anda. Siapakah yang berkuasa pengampunan bagi kes-kes berikut:
1. Seorang koperal telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tentera.
2. Encik P telah dijatuhi hukuman 2 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Kuching.
3. Encik Q telah dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
4. Encik R telah dijatuhi hukuman denda dan penjara oleh Mahkamah Syariah Kelantan.